Thursday 30 March 2017

MUKA HADAPAN



DUA 6022 
KOMUNIKASI PENYIARAN DALAM ISLAM

                  NAMA PELAJAR                                   NO MATRIX

        ENTUMATY A/P THIRUVALLUVAN   15DTK14F2003
        KAVISHNA A/P SELLARATNAM         15DTK14F2004
        SHOBANA A/P KIRUNA MOORTHY   15DTK14F2046
        SUTHA A/P SANDRASAGRAN             15DTK14F2047


NAMA PENSYARA : EN. MARZUKI BIN SEPIAAL

ISI KANDUNGAN

BIL
TAJUK
1.
PENGENALAN
2.
OBJEKTIF
2.
PENERANGAN/HURAIAN
2.1 HARI  RAYA AIDILFITRI
2.2 HARI RAYA QURBAN
2.3 DEEPAVALI
2.4 THAIPUSAM
2.5 TAHUN BARU CINA
2.6 PERAYAAN KUIH BULAN
3.
CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN
4.
KEBAIKAN-KEBAIKAN PERAYAAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA
5.
KEPENTINGAN MENYAMBUT PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA
6.
PERANAN PELAJAR
3.1 Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain.
3.2 Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.
3.3 Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.
3.4 Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum.
7.
LAMPIRAN
8.
KESIMPULAN
9.
RUJUKAN


PENGENALAN

Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama  seperti agama  Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai  ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara  Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan  agama yang disambut oleh masyarakat di negara iniPerayaan-perayaan yang pelbagai  ini memperlihatkan  keunikan

    Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar  negara untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan  ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu  di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut  agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap  Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut. 

       Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat dikekalkan.

OBJEKTIF

  • Mengenalpasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
  • Mengetahui peranan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
  • Mengenalpasti perayaan yang terdapat di Malaysia.
  • Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.
  • Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.
  • Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum       di Malaysia

PENERANGAN/HURAIAN

2.1 HARI RAYA AIDILFITRI


Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam.



Perayaan Hari Raya Puasa bermula setelah perisytiharan dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah. Sembahyang Sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi. 

    Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.


2.2 HARI RAYA QURBAN


Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin.

     Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.






2.3 DEEPAVALI


Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia. 


    Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.






2.4 THAIPUSAM 

Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara  besar- besaran oleh penganut agama Hindu di Semenanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu  untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah. Perayaan Thaipusam bermula di malam  hari bulan  penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam.  

     Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan  penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.




2.5 TAHUN BARU CINA


Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan 


      Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.  

      Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang  jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan.




2.6 PERAYAAN KUIH BULAN.

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

      Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.



CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN

     Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita? 

     Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. 

    Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat. 

   Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia. 

    Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. 

    Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai robo”

KEBAIKAN-KEBAIKAN PERAYAAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA

Antara kebaikan yang paling ketara ialah dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum.Semua kaum memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain.Sebagai contoh,lawatan ke rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan antara kaum.Jadi,kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

 Selain itu,golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Namun,apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami erti perpaduan.Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang.

Malahan,kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini.
         
Perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin.Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum.Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.

KEPENTINGAN MENYAMBUT PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.


Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

PERANAN GRADUAN

3.1 Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain

Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu, cina, india, kadazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat melahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di Malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi Malaysia ini.


3.2 Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.


Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan. Sebagai contoh, Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia. Jadi, graduan mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.


3.3 Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.


Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah faham dan isu perkauman.


3.4 Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum


Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama, kaum, dan masyarakat.





LAMPIRAN

PERAYAAN KAUM MELAYU




PERAYAAN KAUM CINA






PERAYAAN KAUM INDIA


KESIMPULAN


Kesimpulannya, perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia merupakan satu cara untuk memupuk perpaduan di antara kaum. Selain itu, sambutan perayaan bagi semua jenis agama yang unik juga dapat disambut/dirasai oleh semua kaum. Diharap tugasan ini dapat memberikan faedah kepada semua.Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.



RUJUKAN

-https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan
-https://pssmkcas.wordpress.com/tag/semangat-perpaduan
-https://www.scribd.com/doc/32052560
-Pengajian Malaysia / Mardiana Nordin, Hasnah  Hussin/ISBN/Kuala Lumpur/OXFORD FAJAR.SDN,BHD
-Hubungan Etnik Di Malaysia Edisi Ketiga
-Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam, dikarang oleh Marzuki Sepiaail et al.
-http://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi-budaya/25683/7 http://www.slideshare.net/myongdae88/masyarakat-pelbagai-kaum-malaysia
-https://www.youtube.com/watch?v=5ho_tRe0i7U

-http://beutifulest.blogspot.my/2016/07/perayaan-perayaan-agama-di-malaysia.html