Thursday, 30 March 2017

PERANAN GRADUAN

3.1 Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain

Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu, cina, india, kadazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat melahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di Malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi Malaysia ini.


3.2 Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.


Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan. Sebagai contoh, Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia. Jadi, graduan mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.


3.3 Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.


Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah faham dan isu perkauman.


3.4 Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum


Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama, kaum, dan masyarakat.





No comments:

Post a Comment